INSURANS
KECURIAN
Jenis
utama insurans yang tergolong dalam kelas ini termasuk;
•
Insurans pecah masuk
•
Insurans semua risiko
•
Insurans barangan dalam transit, dan
•
Insurans wang
1)INSURANS
PECAH MASUK(PREMIS PERNIAGAAN)
Perlindungan Asas
Polisi
insurans pecah masuk memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan
barangan dalam premis perniagaan(contohnya: stok dan barang perniagaan,perabot
,peralatan pejabat,loji dan jentera, barangan rumah dan barangan persendirian
pekerja), berikutan berlakunya kecurian yang melibatkan.
Jenis-jenis
perlindungan yang disediakan:
a. Berasaskan
Nilai Penuh – Jumlah keseluruhan nilai harta/barangan dianggap sebagai amaun
insurans.Asas ini digunapakai apabila terdapat kemungkinan keseluruhan harta
akan dicuri pada satu-satu masa.
b. Berasaskan
Kerugian Terawal – asas ini digunapakai apabila insured memutuskan bahawa
adalah mustahil keseluruhan harta benda akan dicuri pada satu-satu masa. Oleh
itu, peratusan dari nilai keseluruhan harta ditetapkan sebagai amaun insurans,
iaitu sekurang-kurangnya 20% dari jumlah keseluruhan nilai harta.
Pengecualian
- û Kerugian atau kerosakan akibat kebakaran tanpa mengambilkira bagaimana ianya berlaku;
- û Kerosakan kepada plat kaca/berwarna atau hiasan atau sebarang perhiasan atau tulisan seumpamanya;
- û Kerugian atau kerosakan yang disabitkan dengan seseorang yang secara sah berada di premis ataudisabitkan dengan seseorang pekerja atau ahli keluarga insured;
- û Kerugian atau kerosakan kepada surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota aku janji, wang atau sekuriti, wang syiling, setem, batu permata, dokumen hak milik tanah, rekod perniagaan, manuskrip, sistem komputer, rekod, kurio, ukiran,buku lama, pelan, corak, acuan,model atau rekabentuk, kecuali ianya diinsuranskan;
- û Rusuhan, mogok, peperangan dan risiko seumpamanya atau dirampas atau dimusnahkan dengan perintah pihak
- û Kerugian disebabkan kuasa semula jadi seperti letusan gunung berapi,
- û kebakaran bawah tanah, gempa bumi dan seumpamanya; dan risiko nuklear (INSURANS SEMUA RISIKO)
Perlindungan
Asas
Skop
perlindungan adalah luas dan ianya melindungi semua risiko kebakaran, kecurian
dan semua bentuk kemalangan, selain dari yang dikecualikan dari polisi.
Polisi
insurans semua risiko biasanya dikeluarkan untuk memberi perlindungan kepada
barangan berharga seperti barang kemas, jam, kamera, lukisan dan hasil seni.
Amaun diinsuranskan hendaklah berdasarkan nilai pasaran atau nilai yang
dipersetujui.”Istilah semua risiko” digunakan secara umum sahaja kerana dalam
situasi sebenar, perlindungan tidak dapat diberikan kepada semua risiko yang
wujud. Masih terdapat beberapa pengecualian atau dikecualikan.
Pengecualian
Pengecualian
yang biasa adalah:
û Kerugian
atau kerosakan akibat rusuhan, mogok, huru-hara awam, gempa bumi atau letusan
gunung berapi;
û Peperangan
atau risiko seumpamanya;
û Kerugian
atau kerosakan akibat haus dan lusuh, susut nilai, kemerosotan berterusan,
gegat, serangga perosak atau lain-lain proses pembersihan atau pemuliharaan
sebarang artikel;
û Lensa
terguris dan pecah, gelas atau lain-lain mudah pecah, kerosakan
mekanikal/elektrikal atau tersilap pasang sebarang peralatan
mekanikal/elektrikal;
û Kerugian
atau kerosakan akibat dirampas atau ditahan oleh pihak kastam atau lain-lain
pihak berkuasa;
û Dan
risiko nuclear
2)INSURANS WANG
Perlindungan Asas
Polisi
ini memberi perlindungan dari berlakunya kehilangan wang disebabkan semua
risiko, tertakluk kepada pengecualian tertentu semasa wang berkenaan;
·
Dalam transit antara premis insured
dengan bank
·
Berada di premis insured dalam waktu
kerja
·
Dalam peti besi berkunci atau bilik
kebal, dipremis insured, diluar waktu kerja
·
Dalam kediaman persendirian milik salah
seorang pengarah atau pengawai utama insured;
·
Dan lain-lain situasi yang ditetapkan.
Polisi
ini juga menyediakan perlindungan terhadap:-
a. Kos
membaiki atau mengganti peti besi atau bilik kebal sekiranya item berkenaan
tidak diinsuranskan secara khusus dan sebagai akibat dari tindakan atau cubaan
mencuri;
b. Bayaran
pampasan kepada pekerja yang tercedera ketika rompakan berlaku semasa pekerja
menjalankan tugas menghantar wang berkenaan.
Biasanya
had liability jumlah wang yang dibawa dikenakan untuk sesuatu situasi yang
berkaitan. Takrif ‘wang’ meliputi wang tunai, nota bank dan wang kertas, cek,
arahan pos, mata wang, setem pos dan setem hasil kepunyaan insured atau insured
dipertanggungjawab keatasnya.
Pengecualian
Polisi
ini tidak melindungi kerugian akibat:-
û Pekerja
tidak jujur;
û Dirampas,
dimiliknegarakan, diarah atau sengaja dimusnahkan oleh pihak berkuasa kerajaan;
û Jumlah
terkurang disebabkan kesilapan atau tertinggal;
û Diluar
had kawasan;
û Peti
besi atau bilik kebal dibuka dengan menggunakan kunci;
û Risko
nuklear, susut nilai dan rusuhan mogok, peperangan dan risko seumpamanya.
3) INSURANS BARANGAN DALAM TRANSIT
Perlindungan
Asas
Polisi
ini memberi perlindungan berdasarkan ‘semua risiko’, membayar gantirugi kepada
insured atas kerugian atau kerosakan kepada barangan disebabkan kebakaran,
kemalangan, kecurian atau disamun semasa dimuatkan, dibawa atau dipunggah turun
daripada kenderaan bermotor berserta trailer, dan ketika disimpan sementara
semasa dalam transit dimana-mana di Malaysia. Polisi yang berbeza boleh dibeli
bergantung kepada samada barangan berkenaan diangkut dengan menggunakan
kenderaan peribadi pemilik atau kenderaan syarikat. Sehubungan dengan itu,
kenderaan pengangkut barang sepatutnya dilindungi insurans kerana ia
bertanggungjawab atas barangan yang dibawa dan dibawah jagaannya. Ia menawarkan
perlindungan tahunan yang boleh diperbaharui. Sekiranya melibatkan penghantaran
ke luar Negara, atau melibatkan perjalanan dengan menggunakan pengangkutan air
atau udara, barangan berkenaan perlu dilindungi dibawah polisi insurans marin.
Pengecualian
Pengecualian
yang terdapat dalam polisi ini ialah:-
û Pencemaran
radioaktif;
û Peperangan,
rusuhan dan huru-hara awam;
û Gempa
bumi dan kebakaran bawah tanah;
û Anai-anai,
serangga, kelembapan, kulapok atau karat;
û Lewat,
kehilangan pasaran atau sebarang kerugian turutan;
û Kemerosotan
dan perubahan secara semula jadi;
û Kecurian
atau samun yang melibatkan pekerja insured;
û Barangan
yang dibawa oleh pengembara komersil;
û Dan
harta yang tidak diinsuranskan, contohnya; bahan letupan, asid, nota bank, wang
kertas, sekuriti, barang kemas dan rekod perniagaan.
No comments:
Post a Comment