JAMINAN
KESETIAAN DAN BON
Jaminan
Kesetiaan
Perlindungan Asas
Polisi ini melindungi majikan terhadap
kehilangan wang atau stok barangan disebabkan perbuatan tidak jujur atau
penipuan pekerjanya. Jaminan ini berkait rapat dengan situasi dimana pekerja
diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kewangan atau harta milik majikan.
Contohnya pekerja yang berurusan dengan wang tunai (sebagai juruwang atau
pembantu jualan) atau mengendali akaun syarikat (sebagai akauntan, operator
computer atau pengurus belian).
Perlakuan tidak jujur atau penipuan itu
mestilah berlaku ketika:
a. Dalam
tempoh kuatkuasa insurans;
b. Pekerja
dalam tempoh perkhidmatan yang berterusan;
c. Perbuatan
tersebut diketahui dan dilaporkan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan selepas
tarikh letak jawatan, kematian, dipecat atau tarikh bersara pekerja yang
didapati bersalah atau selepas tamat tempoh kuatkuasa polisi yang mana
terdahulu.
Pengecualian
Secara amnya, jarang terdapat pengecualian
bagi polisi jaminan kesetiaan.
Jenis-jenis polisi kesetiaan
Jenis-jenis polisi kesetiaan yang dikeluarkan
oleh insurer adalah seperti berikut ;
a.
Polisi
insdividu
Polisi ini melindungi pekerja yang dinamakan
untuk amaun yang telah ditetapkan
b.
Polisi
kolektif
·
Dinamakan secara kolektif – polisi ini
memasukkan senarai yang mengandungi nama dan tugas individu yang dijamin. Amaun
jaminan ditetapkan setiap individu atau amaun terapung keseluruhan.
·
Tidak dinamakan secara kolektif – polisi
ini melindungi majikan terhadap kerugian disebabkan ketidakjujuran atau
penipuan pekerja dari kategori tertentu seperti pengurus, juruwang, penjaga
stor dan kerani.
c. Polisi sarwa (menyeluruh)
Polisi ini melindungi majikan terhadap
kerugian akibat ketidakjujuran atau penipuan
oleh semua pekerja tanpa menyenaraikan nama atau kedudukan mereka.
Bon
Syarikat insurans kerap mengeluarkan bon
sebagai tambahan kepada polisi insurans. Insurer bukanlah
satu-satunya organisasi yang dibenarkan mengeluarkan bon; mana-mana individu
atau organisasi (contohnya bank) yang
bersedia untuk menjadi penaja jamin untuk individu lain boleh mengeluarkan bon.
Adalah penting membezakan antara bon dan
polisi insurans:
·
Bon adalah kontrak khusus yang dikeluarkan
dibawah perjanjian yang dimeterai dan
biasanya melibatkan hubungan tiga pihak
·
Polisi insurans secara
perundangannyaditakrifkan sebagai suatu kontrak mudah yang melibatkan hubungan
dua pihak iaitu insured dan insurer
Bon prestasi melibatkan tiga pihak iaitu:
1. Principal
- pihak yang memberi kontrak kerja dan yang menerima pampasan
2. Kontraktok
- seseorang yang menerima kerja dan bertanggungjawab melaksanakan kerja seperti dalam kontrak
Penjamin – penyedia
iaitu insurer yang bersetuju untuk membayar sejumlah wang sekiranya kontraktor gagal
melaksanakan tanggungjawab kontraknya
No comments:
Post a Comment