INSURANS
LIABILITI
Secara amnya, polisi liabiliti memberi
perlindungan kepada insured terhadap tuntutan pihak ketiga atas kecederaan
anggota badan atau kerugian atau kerosakan harta, yang mana insured dikatakan
bertanggungjawab dari segi undang-undang kepada pihak ketiga tersebut.
Bentuk utama insurans liabiliti ialah:-
Ü Insurans
pampasan pekerja
Ü Skim
pampasan pekerja asing (FWCS)
Ü Insurans
liabiliti majikan
Ü Insurans
liabiliti awam
Ü Insurans
indemnity professional
Ü Insurans
liabiliti produk
INSURANS
PAMPASAN PEKERJA
Insurans
ini melindungi liabiliti majikan dibawah Ordinan Pampasan Pekerja 1952, iaitu
peruntukan bayaran pampasan kepada pekerjanya yang meninggal dunia atau
mengalami kecederaan disebabkan kemalangan atau penyakit berkaitan pekerjaan
ketika dalam perkhidmatan. Bayaran dibuat mengikut skala pampasan yang
ditetapkan dibawah Ordinan.
Akta Pampasan Pekerja 1952
Dengan
Ordinan ini, setiap majikan diwajibkan menyediakan bayaran pampasan kepada
pekerja-pekerjanya iaitu dengan menyediakan perlindungan insurans seperti yang
ditawarkan melalui polisi insurans pampasan pekerja.
Berkuatkuasa
mulai 1 julai 1992, pekerja-pekerja di Malaysia tidak lagi tertakluk dibawah
Akta Pampasan Pekerja 1952. Sebaliknya, kini para pekerja perlu mencarum ke
Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO), iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan
untuk mengurus dan menguatkuasakan perlaksanaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969 dan Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Pengecualian
- û Mana-mana kakitangan yang bukan ‘pekerja’ mengikut takrifan undang-undang
- û Liabiliti kepada kakitangan kontraktor kepada insured
- û Peperangan dan risiko seumpamanya
- û Sebarang liabiliti kontraktual
- û Sebarang amaun yang layak diterima dan insured memperolehinya dari pihak tertentu berdasarkan perjanjian antara kedua-dua belah pihak
- û Sebarang liabiliti desebabkan atau berpunca dari penggunaan senjata nuklear, ionizing, radiasi atau pencemaran radioaktif
SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING (FWCS)
Skim
pampasan pekerja asing (FWCS) diwujudkan bagi melindungi kepentingan dan
kebajikan semua pekerja asing di Malaysia. Berkuatkuasa 1 november 1996, semua
pekerja asing yang sah (kecuali ekspatriat) wajib dilindungi dibawah satu
Polisi Skim Pampasan Pekerja Asing yang berasingan. Setiap majikan yang
menggajikan pekerja-pekerja asing agar menginsuranskannya dengan panel syarikat
insurans yang dilantik oleh pihak berkuasa dan membuat bayaran pampasan atas
kecederaan akibat kemalangan yang dialami oleh pekerja ketika atau selepas
waktu kerja.
Perlindungan
Asas
Polisi
ini menyediakan manfaat bayaran pampasan kepada pekerja asing yang memiliki
dokumen dan permit kerja yang sah, sekiranya mengalami kecederaan anggota badan
akibat kemalangan atau penyakit yang timbul semasa dalam tempoh pekerjaan,
ataupun berlaku kematian akibat kemalangan.
Pengecualian
û Mana-mana
kakitangan yang bukan ‘pekerja’ mengikut takrifan
û Peperangan
dan risiko seumpamanya
û Sebarang
liabiliti kontraktual
û Sebarang
amaun yang layak diterima dan insured memperolehinya dari pihak tertentu
berdasarkan perjanjian antara kedua-dua belah pihak
û Sebarang
liabiliti disebabkan atau berpunca dari penggunaan senjata nuklear, ionizing,
radiasi atau pencemaran radioaktif.
INSURANS
LIABILITI MAJIKAN
Perlindungan asas
Polisi ini menyediakan perlindungan
kepada insured terhadap liabiliti undang-undang atas kos kerosakan atau kecederaan anggota badan atau penyakit
yang menimpa pekerja, berpunca
dari atau disebabkan pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja berkenaan. Tujuan polisi ini ialah untuk
memastikan agar majikan tidak menanggung beban
kewangan, yang mana tuntutan pampasan pekerja akan ditanggung oleh insurer, bukan majikan.
Pengecualian
Pengecualian umum yang terdapat dalam polisi ini ialah:
û Liabiliti
majikan terhadap pekerja kontraktornya;
û Liabiliti
berkontrak;
û Kecederaan
yang dialami di luar kawasan geografi yang dilindungi oleh polisi;
û Liabiliti
dibawah Ordinan Pampasan Pekerja 1952;
û Risiko
peperangan
û Risiko
nuklear.
INSURANS
LIABILITI AWAM
Perlindungan Asas
Polisi liabiliti awam
direka untuk melindungi insured dalam memenuhi liabiliti undang-undang atas
kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda pihak ketiga, berpunca dari
aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh insured. Ia juga termasuk membayar
semua kos dan perbelanjaan litigasi(tuntutan guaman) dengan kebenaran insurer
terlebih dahulu.
Pengecualian
Pengecualian umum
termasuk:
- û Liabiliti yang boleh diinsuranskan dibawah Polisi Pampasan Pekerja, Polisi Liabiliti Majikan dan Skim PERKESO(ditubukan dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969);
- û Kerugian atau kerosakan keatas harta milik insured atau dibawah jagaan insured;
- û Kerugian atau kerosakan keatas harta yang berkaitan dengan dandang wap atau mana-mana kapal atau peralatan dandang;
- û Liabiliti yang timbul akibat kecederaan atau kerosakan disebabkan;
- û lif atau escalator kepunyaan atau dibawah jagaan insured;
- û kenderaan yang bergerak secara mekanikal yang dilesenkan untuk kegunaan diatas jalan raya;
- û liabiliti profesional;
- û liabiliti berkontrak;
- û risiko nuklear;
- û risiko peperangan dan risiko seumpamanya;
- û letupan sonik.
INSURANS
INDEMNITI PROFESIONAL
Secara amnya, polisi
liabiliti awam mengecualikan liabiliti yang timbul akibat kecuaian
professional. Situasi sedemikian timbul apabila ‘seorang profesional’ gagal
melakukan tugasnya dengan penuh kepakaran dan prihatin seperti yang diharapkan
– kepakaran dan keprihatinan adalah sesuatu yang diluar kebiasaan tanggungjawab
‘normal’ yang biasa dilakukan oleh individu biasa atau orang awam.
Perlindungan Asas
Polisi ini melindungi
insured yang gagal mematuhi tanggungjawab professional disebabkan tindakan,
kesilapan dan peninggalan yang melibatkan kecuaian insured, pemegang jawatan
terdahulu atau mana-mana individu yang diambil bekerja oleh insured atas
sifatnya sebagai seorang professional. Perlindungan meliputi bayaran kos guaman
yang mungkin ditanggung oleh insured, dengan syarat mendapat persetujuan
insurer terlebih dahulu.
Pengecualian
Polisi insurans
indemnity professional ini biasanya mengecualikan tuntutan yang melibatkan;
- û fitnah atau tohmahan
- û ketidakjujuran, penipuan, jenayah
- û tindakan berniat jahat atau pengabaian oleh insured, pemegang jawatan terdahulu atau pekerjanya;
- û pencemaran radioaktif;
- û insured boleh mendapat pampasan dari polisi lain.
INSURANS
LIABILITI PRODUK
Polisi liabiliti produk
menyediakan perlindungan kepada pengeluar atau penjual produk terhadap
liabiliti undang-undang atas kematian atau kecederaan atau kerosakan harta
benda disebabkan kecacatan produk yang dibekal atau dijual kepada orang ramai.
Contoh produk yang boleh menimbulkan liabiliti ialah barangan elektrik, mesin,
ubat-ubatan, alat solek dan barang permainan.
Pengecualian
Polisi ini
mengecualikan:
- û kecederaan kepada pekerja
- û liabiliti berkontrak kecuali liabiliti tersebut wujud walaupun ketiadaan sebarang kontrak
- û liabiliti yang timbul desebabkan kesilapan formula atau spesfikasi produk
- û kerugian atau kerosakan kepada produk yang dibekal atau dijual selepas kerja-kerja membaiki atau mengubahsuai produk berkenaan.
Dear Madam,
ReplyDeleteWe would like to give away to our loyal customers through out Malaysia - PA 10.000 each, as a promotion.
The quantity shall be 10th of thousand pax in a year
residing through out Malaysia.
We would like to purchase group insurance in block of 100 pax each purchase.
Our budget
below
RM 5 per pax.
Kindly notify us the coverage, benefit & premium amount accordingly.
Also quote Product Liability Insurance RM 1M for Oxygenated Alkaline Drinking Water
bottle in PET bottle
. This product not under pharmaceutical category. Its similar to bottled mineral drinking water.
Thank you.
Gana - Gnanakumar
CEO of Premier Pearl Sdn. Bhd. [Co. No :1017188-V]
No: 364, Jalan Sawah, 81500 Pekan Nenas, Johor, Malaysia.
Hotline : +6016 204 9775, www.premier-pearl.com
Insurans utk kesebarangkalian keselamatan untuk backup barang pecah atau hilang hasil kerjaa staff pembersihan terhadap rumah customer.. ada insurans berkaitan utk syarikat pembersihan..
Delete