Saturday, 4 July 2015

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS

PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS YANG DIGUNAKAN DALAM INSURANS AM

Prinsip-prinsip asas yang menguasai pengendalian perniagaan insurans adalah seperti berikut:
  • ·         Kepentingan boleh insurans
  • ·         Penuh percaya mutlak
  • ·         Subrogasi
  • ·         Sumbangan
  • ·         Sebab hampiran


Berikut adalah prinsip-prinsip asas insurans yang digunakan dalam mengendalikan perniagaan insurans.

CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM

CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM
       I.            Kontrak Insurans Am Adalah Kontrak Jangka Pendek Dengan Premium Yang Berbeza.

Kontrak Diperbaharui Dengan Persetujuan Bersama.
Kontrak insurans am biasanya dibuat untuk tempoh satu tahun atau kurang dan pada penghujung tempoh polisi, kontrak boleh diperbaharui dengan persetujuan bersama antara insurer dan insured.

Lain-Lain Implikasi
Kontrak insurans jangka pendek mempunyai implikasi-implikasi lain ketika mengendalikan kelas perniagaan ini.

a)      Premium yang dikenakan mungkin berubah
Pada penghujung tempoh kontrak, insurer akan menilai semula risiko. Berdasarkan penilaian semula ini, kemungkinan kadar premium yang dikenakan akan berubah. Perubahan ini biasanya disebabkan oleh:-
·         Terdapat perubahan ciri risiko individu yang akan diinsuranskan; dan/atau.
·         Terdapat perubahan yang menyeluruh dalam kadar premium untuk kelas.
·         Perniagaan insurans berkenaan disebabkan misalnya berlaku kemerosotan yang menyeluruh terhadap risiko yang akan diinsuranskan.
b)     Prinsip penuh percaya mutlak dari insured memerlukan tanggungjawab insured memberitahu insurer mengenai sebarang perubahan terhadap risiko yang diinsuranskan.
Prinsip “uberrima fides” iaitu penuh percaya mutlak mesti dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu insurer dan juga insured. Walau bagaimanapun, ketika pembaharuan polisi, insured dibebankan tanggungjawab untuk memberitahu insurer sebarang perubahan fakta matan mengenai risiko yang diinsuranskan. Ini membolehkan insurer membuat penilaian yang sewajarnya ke atas risiko tersebut agar premium yang dikenakan bersesuaian dengan risiko yang ditanggung.

    II.            Kontrak Indemniti

Kebanyakan kontrak insurans am adalah kontrak indemniti.
Didalam kontrak insurans hayat(terutamanya polisi tanpa keuntungan) dan sesetengah kontrak insurans am seperti insurans kemalangan diri, amaun yang dituntut ditetapkan pada awal kontrak.
Sungguhpun demikian, tujuan insurans am ialah untuk menempatkan insured pada kedudukan kewangan yang sama(iaitu membayar gantirugi kepada insured) seperti sebelum berlakunya risiko yang diinsuranskan, tertakluk kepada had maksimum amaun yang diinsuranskan.

Membayar pampasan akan membawa kepada penyebaran mleuas amaun tuntutan.
Bagi kebanyakan kontrak insurans am, tindakan membayar gantirugi/indemnity atas kerugian yang dialami oleh insured akan menyebabkan nisbah amaun tuntutan bagi setiap unit premium memperlihatkan perbezaan yang besar walaupun dalam kelas insurans yang sama, yang dianggap mempunyai persamaan jenis risiko ynag diinsuranskan.

Biasanya terdapat sejumlah besar tuntutan beramaun kecil dan hanya segelintir tuntutan yang beramaun tinggi.
Oleh itu, apabila kita melihat satu portfolio kontrak insurans am, terdapat banyak perbezaan dalam amaun tuntutan dan biasanya terdapat sejumlah besar tuntutan kecil dan hanya sedikit tuntutan besar.

 III.            Pembayaran Tuntutan Tidak Menamatkan Kontrak Insurans Am.

Lebih dari satu tuntutan boleh dibuat setiap tahun perlindungan insurans dibawah polisi yang sama.
Dalam kontrak insurans hayat, bayaran penyelesaian tuntutan akan menamatkan kontrak insurans. Walau bagaimanapun, dalam kontrak insurans am pula, selagi tiada tuntutan penuh, kontrak tidak boleh ditamatkan dengan membayar tuntutan. Malah, beberapa tuntutan boleh dibuat dalam tempoh kuatkuasa kontrak, terhad mengikut amaun diinsuranskan.

 IV.            Risiko Yang Diinsuranskan Tidak Semestinya Akan Meningkat Mengikut Peredaran Masa.

Risiko yang diinsuranskan mungkin tidak meningkat seiring dengan tempoh insurans.
Untuk kontrak insurans hayat, risiko kemortalan meningkat mengikut masa, malah risiko mungkin menurun jika isnured mengambil langkah-langkah keselamatan(contohnya pemasangan sistem perenjis air)



PENGENALAN INSURANS AM

PENGENALAN INSURANS AM


Insurans am memberi perlindungan terhadap risiko yang biasanya tidak diperuntukkan dalam insurans hayat. Seperti yang telah kita bincangkan dalam Bab1,kontrak insurans hayat menjanjikan pembayaran amaun yang telah ditetapkan apabila berlaku kontingensi yang ditetapkan ke atas nyawa manusia.
Ada kalanya, perbezaan yang dinyatakan di atas menjadi kabur. Umpamanya, kematian mungkin berlaku akibat suatu kecederaan yang dialami oleh seorang pejalan kaki iaitu pihak ketiga akibat dilanggar adalah perkara pokok kontrak insurans am. Ini akan menyebabkan timbulnya satu tuntutan di bawah kontrak insurans am berkenaan.
Dalam insurans hayat, setiap polisi(jika premium telah dibayar), akan akhirnya menjadi suatu tuntutan, kecuali untuk insurans sementara yang melindungi risiko kematian dalam tempoh yang terhad. Dalam insurans am, ianya tidak begitu. Sesuatu kemalangan di bawah polisi motor atau kebakaran mungkin berlaku atau tidak akan berlaku.