CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM
I.
Kontrak
Insurans Am Adalah Kontrak Jangka Pendek Dengan Premium Yang Berbeza.
Kontrak
Diperbaharui Dengan Persetujuan Bersama.
Kontrak
insurans am biasanya dibuat untuk tempoh satu tahun atau kurang dan pada
penghujung tempoh polisi, kontrak boleh diperbaharui dengan persetujuan bersama
antara insurer dan insured.
Lain-Lain
Implikasi
Kontrak
insurans jangka pendek mempunyai implikasi-implikasi lain ketika mengendalikan
kelas perniagaan ini.
a)
Premium
yang dikenakan mungkin berubah
Pada penghujung tempoh
kontrak, insurer akan menilai semula risiko. Berdasarkan penilaian semula ini,
kemungkinan kadar premium yang dikenakan akan berubah. Perubahan ini biasanya
disebabkan oleh:-
·
Terdapat perubahan ciri risiko individu
yang akan diinsuranskan; dan/atau.
·
Terdapat perubahan yang menyeluruh dalam
kadar premium untuk kelas.
·
Perniagaan insurans berkenaan disebabkan
misalnya berlaku kemerosotan yang menyeluruh terhadap risiko yang akan
diinsuranskan.
b)
Prinsip
penuh percaya mutlak dari insured memerlukan tanggungjawab insured memberitahu
insurer mengenai sebarang perubahan terhadap risiko yang diinsuranskan.
Prinsip “uberrima
fides” iaitu penuh percaya mutlak mesti dipenuhi oleh kedua-dua pihak iaitu
insurer dan juga insured. Walau bagaimanapun, ketika pembaharuan polisi,
insured dibebankan tanggungjawab untuk memberitahu insurer sebarang perubahan
fakta matan mengenai risiko yang diinsuranskan. Ini membolehkan insurer membuat
penilaian yang sewajarnya ke atas risiko tersebut agar premium yang dikenakan
bersesuaian dengan risiko yang ditanggung.
II.
Kontrak
Indemniti
Kebanyakan
kontrak insurans am adalah kontrak indemniti.
Didalam
kontrak insurans hayat(terutamanya polisi tanpa keuntungan) dan sesetengah
kontrak insurans am seperti insurans kemalangan diri, amaun yang dituntut
ditetapkan pada awal kontrak.
Sungguhpun
demikian, tujuan insurans am ialah untuk menempatkan insured pada kedudukan
kewangan yang sama(iaitu membayar gantirugi kepada insured) seperti sebelum
berlakunya risiko yang diinsuranskan, tertakluk kepada had maksimum amaun yang
diinsuranskan.
Membayar
pampasan akan membawa kepada penyebaran mleuas amaun tuntutan.
Bagi
kebanyakan kontrak insurans am, tindakan membayar gantirugi/indemnity atas
kerugian yang dialami oleh insured akan menyebabkan nisbah amaun tuntutan bagi
setiap unit premium memperlihatkan perbezaan yang besar walaupun dalam kelas
insurans yang sama, yang dianggap mempunyai persamaan jenis risiko ynag diinsuranskan.
Biasanya
terdapat sejumlah besar tuntutan beramaun kecil dan hanya segelintir tuntutan
yang beramaun tinggi.
Oleh
itu, apabila kita melihat satu portfolio kontrak insurans am, terdapat banyak
perbezaan dalam amaun tuntutan dan biasanya terdapat sejumlah besar tuntutan
kecil dan hanya sedikit tuntutan besar.
III.
Pembayaran
Tuntutan Tidak Menamatkan Kontrak Insurans Am.
Lebih
dari satu tuntutan boleh dibuat setiap tahun perlindungan insurans dibawah
polisi yang sama.
Dalam
kontrak insurans hayat, bayaran penyelesaian tuntutan akan menamatkan kontrak
insurans. Walau bagaimanapun, dalam kontrak insurans am pula, selagi tiada
tuntutan penuh, kontrak tidak boleh ditamatkan dengan membayar tuntutan. Malah,
beberapa tuntutan boleh dibuat dalam tempoh kuatkuasa kontrak, terhad mengikut
amaun diinsuranskan.
IV.
Risiko
Yang Diinsuranskan Tidak Semestinya Akan Meningkat Mengikut Peredaran Masa.
Risiko
yang diinsuranskan mungkin tidak meningkat seiring dengan tempoh insurans.
Untuk
kontrak insurans hayat, risiko kemortalan meningkat mengikut masa, malah risiko
mungkin menurun jika isnured mengambil langkah-langkah keselamatan(contohnya
pemasangan sistem perenjis air)
No comments:
Post a Comment